Monday, December 6, 2010

natrah

oh natrah.aku tak sempat nak tonton pun teater ni even ni kali kedua kalau tak salah ak dipersembahkan kat istana budaya.if aku kat kl for sure ak pegi!aku peminat teater oi!gila sadis tak dapat tgk ..last day 5dis haritu!sob sob.so nak lepas kan geram.entry kali ni ak story sikit pasal latar belakang cerita natrah.



Latar belakang cerita Natrah

Cerita Natrah adalah berasaskan cerita benar. Natrah nama asalnya Bertha Heartogh, menceritakan kisah kehidupan seorang wanita Belanda yang dipelihara oleh seorang wanita Melayu ketika perang Jepun meletus.

Natrah berumur 5 tahun ketika diserah oleh ibunya kepada Che Aminah di Indonesia. Bapanya pula berada didalam tawanan Jepun ketika itu. Natrah dibesarkan oleh ibu angkatnya di Terengganu. Apabila Jepun menyerah kalah, bapa Natrah, Adrimus dibebaskan dan mula menuntut Natrah kembali. Untuk menyelamatkan Natrah, ia dinikahkan dengan Mansur, seorang guru yang berumur 21 tahun ketika Natrah berumur 13 tahun.

Percubaan pertama Adrimus menerusi mahkamah Singapura untuk mendapat hak penjagaan Natrah gagal. Namun percubaan keduanya berjaya. Undang-undang Belanda menyebutkan bahawa wanita di bawah umur 16 tahun adalah menjadi hak dan kewajiban keluarga bagi memutuskan masa depannya termasuk dalam soal agama dan perkahwinan. Tuntutan inilah diperolehi oleh Adrimus.

Pada 12 Disember 1950, Natrah dibawa balik ke Belanda. Konflik berlaku apabila keputusan mahkamah memutuskan Natrah dijadikan agama Kristian Katolik, kembali ke agama asal orang tuanya.

Masyarakat Islam di Malaya (Tanah Melayu) marah akibat isu murtad Natrah dan ini menyebabkan rusuhan berlaku di Singapura. Keputusan mahkamah tersebut telah membangkit isu keagamaan dan mereka terpanggil untuk mempertahankan akidah Natrah.

Dalam rusuhan tersebut, seramai 18 orang terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera. Tragedi ini telah menjadi sejarah hitam bagi Natrah dan seluruh umat Islam Malaya pada ketika itu.

Natrah meninggal dunia di Belanda pada Julai 2009 akibat sakit leukimia.
  

sumber:resam melayu. 

 

No comments:

Post a Comment